Friday, April 13, 2012

Ya Allah

Ya Allah kau berikanlah daku kekuatan dalam usia yang muda ini agar aku tidak mengikutkan hati, berikanlah ku kesabaran atas setiap apa yang menimpa diri ini. Ya Allah teguhkan imanku walaupun apa yang datang agar aku tidak mudah goyah dan cepat putus asa. Moga apa yang berlaku menjadikan aku seorang wanita yang kuat.

Ku yakin setiap kesedihan yang datang ini pasti ada kebahagian yang tersembunyi disebaliknya. Ya Allah masih banyak yang aku belum tahu tentang ilmuMu. Izinkan aku meminjam ilmumu Ya Allah yang Maha Penyayang.

Moga hari esok yang aku temui adalah lebih baik daripada hari ini yang telah aku lalui. Jadikan aku perhiasan dunia yang akan disayangi oleh insan yang bernama suami. Jauhkan aku daripada sebarang syaitan yang bertopengkan manusia, yang berlidah cabang dan jauhkan aku dari insan-insan yang tidak reti menghargai erti sebuah kasih sayang dan erti pengorbanan.

Moga ruang masa sementara hanyat ku masih bernafas dapat aku beribadat kepadamu. Ya Rabbi sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah untuk mu. CINTA ABADIKU hanyalah untuk mu dan kekasihmu Ya Rasulullah SAW.

Aku bersyukur walaupun hatiku perit kerna insan yang bernama manusia yang hanya pandai berjanji dan tidak mengotakannya membuatku lebih dekat padaMU, Ya Allah sesungguhnya janjimu benar dan pasti akan berlaku. Sanggup aku harungi segala rintangan untuk mendapatkan CINTA ABADIMU Ya ALLAH. Tidakku berpaling kebelakang setelah aku temui Cinta ynng menenagkan hati iaitu dengan mengingatimu Ya Rabbi.

*hadapi dengan senyuman*

Saturday, January 21, 2012

PAIM

Ape itu PAIM ?

Bukan Pak Ibrahim ok.

PAIM is stand for Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia, Johor. (^^)

Last Wednesday, i went for the interview at Kota Iskandar, Nusajaya, Johor.

To make it short, now saya telah pun diterima bekerja di PAIM as Project Executive. Lebey kurang la.. hiks.

I will be start my new job on 1st February 2012. Sy akan menyewa bersama bff saya iaitu Ieka, Dayah and Liza. Wuhuuuuuu...sy0knya ada kengkawan. I loike....

Tapi Ieka and Liza akan berkahwin tahun ni. Ieka area bulan 9 and liza area bulan 11. Pastu tinggallah aku and dayah bujang trang tang tang. Bukan bujang lapok ok. Kami masih muda remaja.. Ouch!

Dayah & Me

Ape ape pun, doakan yang terbaek tuk saya. Semoga solat tahun ni tak banyak tinggal. (>.<) HehEeeEhe..

Last but not least, thank you so much to Abg Jijie (Tunang Ieka) coz belanja aku Tutti Frutti time aku lepak kat JB aritu. hihi.. Yummy!

ni bekas paling besar punyaaa...

Sunday, January 15, 2012

Interview at JPO

JPO is stand for Johor Premium Outlet which is located in Kulai Jaya, Johor Bahru. Johor Premium Outlets is a collection of 80 designer and name brand outlet stores featuring saving of 25% to 65% every day.


Dat day, JPO ade open vacancy utk full time and part time sales assistant. But the company who handle this vacancy was under Valiram Group. So aku pun try. Almaklum sementara tgh free tak wat pape ni, ape salahnya aku wat as part time suke suke. At least ade gak pengalaman.

So i hv called the Valiram Group and sent them my cover letter together with my resume thru email. Then they call me back ask me to come for the interview.

So aku pun plan nak ke  JPO tu with my big brother. Alang-alang kitaorg tak penah sampai, bleh la jenjalan skali. Hihihi...motipnye skrg, nak pegi berjalan je yang lebey. ZzZZzz.....by the way, Mak aku pun ikot skali. ahahahha...boleyh lahh !!

Dipendekkan cite, hari interview pun sampai. Tgk kiri tgk kanan, aku soang je yg wear formality n berpakaian korporat. adeh... Aku tau la tu interview for Sales Assistant jer but then takkan dtg interview pakai t shirt and jeans kot? hermmm.. by the way, just want to share...even though vacancy hanya lah Sales Assistant, tp salary dia okay gak la tuk suke suke which is around RM1600 + commission kalo dpt buat sales.

Tujuan aku minta keje ni, sbb aku nak ade pengalaman dlm bidang sales. Bleh aku masukkan dlm resume nnti. Ni kalo tak, last pengalaman aku jadi Student Affairs kat Kolej. Susah la nak cari keje lain dlm bidang yg aku minat... Asik2 yg dpt offer, in education field jugak.

Ermm...Ok sambung balik citer. The main point storyline aku ni sbnrnya adalah, Valiram Group tak amek ORANG BERTUDUNG kerja utk vacancy yang ni. Dia ckp mmg to be Sales Assistant in Branded and Luxury Industries, they all tak benarkan pakai tudung. Org yang interview aku ni ckp, mmg ramai malay girl staff yg bekerja dgn diaorg, Almost 90% tp semua okay. 

Orang yang interview aku tu ckp lagi, yang they dun mind if i want to wear tudung time datang and balik kerja. Tp hanya bukak time bekerja sahaja.. Diaog tahu mende tu adalah sensitive issue, dats why diaorg gtau awal-awal. 

Peh. sentap! ko mempersendakan agama aku ke hape~...Rasenye aku minta keje ni kat dlm Malaysia lagi kot. Erkss.. Haih, terimaa kaseh la...aku da dtg dari jauh ni haa baru nak ckp ekk.. Grrr...

Org interview aku tu berbangsa India. Yela kan..nama pun Valiram Group. Dia ckp lagi, " i know it is a sensitive issue. Sometimes parent not allowed and sometimes husband not allowed. So how bout u?" Dia leh tanye aku gitu. Apesal ek? dengan harapan aku akan ckp, YES I CAN TAKE OFF MY TUDUNG? Takpat la johnnnnn...

Aku jwb gini, " Cannot Miss. It is not bout my husband or my parent. It is bout myself ! Its my religion !

So interview pun berakhir. Lepas jalan-jalan kat JPO, my brother brought me pegi makan tmpt yg best giler katanya... Lepas tu baru kitaorg balik Muo..

Itu lah al kesahnya.. (>.<)

Wednesday, January 04, 2012

Jobless

Today dah masuk hari ke-4 aku jobless. Pejam celik pejam celik, da masuk bulan January tahun 2012. Angka umur pun semakin meningkat. OmaiGod (>.<) Macam-macam hal telah terjadi pada diri aku. Ape-ape pun, aku nak wish HAPPY NEW YEAR 2012 kepada semua blogger yang singgah kat blog aku ni.


Tahun lepas 2011, sgt banyak kenangan buat diriku. Ada kenangan manis dan ade kenangan pahit. Tapi kebanyakan kenangan yang aku boleh ingat adalah kenangan pahit. Hmmmm.....biar je lah aku soang yang tahu. Tak semua mende boleh di share. Ye tak?

Cume untuk tahun baru ni, akan berharap akan menjadi tahun yang lebih baik serta bermakna buat diriku. Dear 2012, please be nice to me. I will work and pray hard for it. Banyak azam tahun lepas yang masih belum tercapai. Sangat banyak sebenarnya dan antaranya adalah kerjayakU. Sebuah kerjaya yang aku impikan. Aku tau, setiap orang ade rezeki masing-masing. Cume pada tahun lepas, rezeki tidak memihak kepadakU. Aku perlu berusaha lebih gigih compare daripada orang lain. Whatever it is, aku perlu tabah dan bersyukur dengan limpah kurniaNya. Alhamdulillah.

Lately ni, aku sgt depress sbb aku masih blom dpt kerja yang aku nak. Aku berharap sgt yang aku akan start keje 1st January 2012 aritu. Tapi, tak semua org bertuah kan? Jadi aku kene redha. Aku perlu berusaha lebih lagi utk mencari kerja.

Ye la kan..macamane aku tak depress? Kengkawan aku kebanyakannya skrg semua tgh sebuk dgn majlis pertunangan, majlis kahwin, dapat baby, tgh tgk progress baby dlm perut, dapat bonus and so on.. Aku? tunang? kahwin? Tak nampak bayang pun lagi... Nak dpt baby? Tengok baby orang je laaa.... Kerja TETAP pun belom ade lagi...Hurmmm.... :(

Aku ni perlu ada keje coz aku ade komitment nak kene bayar bil itu dan ini every month fix! Aku tak mcm orang lain, ade husband kaya leh tanggung semua bende or ade family yg boleh support dari segi financial. Takpun ade cable besar boleh dpt kerja best sesenang mcm tu je.. Everything i have to start fresh with my own effort and experiences. S a b a r je lahh....

Anyway, pasal kerja yang aku dapat kat PJ tempoh hari...aku da reject offer tu. Ianya adalah kerana, aku fikir aku dah taknak terjebak lagi dalam education field ni lelebey lagi jadi Student Affairs. Giler tak best okay. Dah la aku tak minat, tak syok lak tu. Hurmm.. bukannya aku nak berkira kerja. Aku tau laa zaman skrg ni susah nak dpt kerja than aku leh sesenang je rejek offer. Tapi, bila fikir balik sampai bila aku nak gain experience dlm bidang yang bukan bidang aku and aku tak minat langsung. Please la faham... Kalo aku accept gak, pastu kate la aku dpt offer tmpt lain dlm masa terdekat, than takkan nak resign? mcm tak elok je buat camtu...

If let say, aku accept gak keje baru tu, ada ke masa terluang tuk aku attend interview tempat lain nanti ? So, oleh kerana malas nak pening-pening kepala, i sudah pun mereject offer tu. Aku email bos sana, aku bg reason yang bersesuaian and diaorg accept la kot. Ahaks.


The Appointment Letter

Now, im officially jobless and unemployed who actively seeking for a job coz keje lama aku tu telah berakhir pada 30th December 2011 aritu. huuuuuu....Dulu aku slalu tolong orang cari keje, and now aku plak yang takde kerja. Takpe lah. Orang kate, buat baik, dibalas balik. Cuma lambat atau cepat je. Tapi, aku bukan harapkan balasan pun. Aku cume harap rezeki kali ni lebih berpihak kepada aku. May God Bless me always. Ameen.

okAy lah. Harap after this semuanya akan berjalan dengan lancar. Dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kita semua. Ameen.

Sunday, December 04, 2011

Final Decision

At last, i have made my final decision.



Yahoooo0o. Suka nyaaa! Dah resign... yeay! yeay! Perghh...suke gile aku dah hantar resignation letter. Mcm dpt BONUS 4 bulan gaji plak. ZzzzZzz.....x masal.

Mmg aku da tak sabor sgt nak blahhhh daripada MiCoST ni. Tak boleh blahhhhhhh !! Seriusly... Aku tak kesah lagi, ape nak jadi, JADI ! Aku punya last day will be on 09 Disember 2011 (Jumaat) and my notice will  be end on 30th Disember 2011.

Yang penting, aku leh proceed dengan hidup aku. Hopefully segalanya dipermudahkan. Amin.

Dan seterusnya, aku perlu membuat satu lagi DECISION yang besar dalam hidup aku. Lepas aku bagi je resignation letter haritu, kebetulan aku trus dipanggil interview di Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) bertempat di Petaling Jaya.

So dengan selamba badaknya, aku trus pegi interview tu pada Jumaat pagi 02 Disember 2011. Position yang ditawarkan sama gak Student Affairs Officer. lol..... memang tak lari ek jodoh aku dengan Education field ni. zZzzzz.....

Tapi, ape pula kaitan antara Hospital dengan education ni ek?? 0ww...rupa-rupanya hospital ni ade mempunyai Institute pendidikan mereka sendiri. Nama institute dia adalah National Institute of Ophthalmic Sciences (NIOS) that was set up in 1997 under the auspices of THONEH. The institute consists of three schools, namely:

a) School of Ophtalmic Medical Personnel
b) School of Optometry
c) School of Post-Graduate Studies and Research

Gitu la sedikit sebanyak yang aku bleh ceritakan bout this Institute buat masa ni. Nama cam gempak. School itu school ini, dah ditubuhkan pun dah lama, jangan HAPE PUN TAKBLEH sudahh lah..(^^) Cth mcm tmpt keje lama aku ni, College International katenya. Tapi, soang International student pun takde. Jgn kate International student, cina ngan india pun tarak! Hadoii..... Tp maybe sbb kolej lama aku tu baru nak masuk 6 tahun kot. Masih baru....So, takpe lah. Hopefully they all akan berkembang besar lagi one day.

So.....lupa nak bgtau. Aku telah pun diterima bekerja di Institute tu dan akan memulakan perkhidmatan pada 15 December 2011 (khamis). Letter offer pun dah sign. Ohok ohok. Walaupun mcm keputusan yang drastik, tp ini lah masanya tuk aku mencube. Aku masih muda dan masih bujang! Aku yakin aku boleyh hidup di KL kota metropolitan ini. Depends on how i manage my money. Btw, keje kat tempat baru ni, sabtu aku kene keje half day. Deymmmm... this is shit! ahaks...

Dan berita baik utk aku, aku akan duduk serumah dengan Nina and Zaidah which both of them are my old friend from MMU. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala urusan aku. TQ Allah. So, aku akan jadi rumet nina tak lama lagi. And berkenaan dengan transportation, aku tak perlu risau sbb rumah sewa aku tu nanti sgt berdekatan dengan LRT stesen (Wangsa Maju) dan pastu aku akan turun dekat LRT stesen (Asia Jaya) yang juga sgt berdekatan dengan tmpt keje aku. Hanya perlu berjalan kaki sahaja. So far, ini lah planning terdekat yang aku nampak. I like !! Thumb up. Syukuurrr alhamdulillah. (:

Jadi, apakah persediaan aku untuk 15hb December 2011 ini? And last but not least, tarikh aku nak mulakan perkhidmatan ni jatuh btul-btul pada tarikh Hari Jadi boiprend haku.. Huwaaaaaaa :(( This is so sad....... Tah sempat tah tidak nak celebrate ni nanti. Hopefully, everything nanti akan berjalan dengan lancar. Ameen.

ok lah.. tu je aku nak cerita. Nanti bebila leh sambung lagi. Btw, ni lah bangunan bakal tempat keje aku. Tadaaaaa ~~~

The Tun Hussein Onn National Eye Hospital

The Institute of Ophthalmic Sciences
Ok. sekian sahaja. Semoga kita berjumpa lagi... Kepada bloggers lain, doakan kejayaan saya di dalam bidang kerjaya ye agar dapat saya menempuhinya dengan sabar dan cemerlang.

Monday, November 21, 2011

Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011



Harimau Malaya atau pasukan kebangsaan Malaysia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Kebangkitan yang ditunjukkan baru – baru ini bakal mengangkat semula nama Malaysia di rantau Asia sebelum melangkah lebih ke depan untuk saingan peringkat dunia.
Malaysia berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia 1-0 dalam acara bola sepak Sukan Sea 2011 sekali gus memastikan kedudukan selaku juara Kumpulan A milik Malaysia. Jaringan dihasilkan oleh Sharul pada minit ke-18 hasil serangan balas dan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan. Beberapa ketegangan berlaku sepanjang perlawanan termasuk jurulatih skuad kebangsaan bawah -23, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan padang selepas mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan. Kemenangan Malaysia sekali gus telah menamatkan rekod 1-0 perlawanan tanpa kalah Indonesia di Gelora Bung Karno. Malaysia seterusnya akan bertemu Myanmar untuk perlawanan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 19 November 2011 pada pukul 5 petang waktu Malaysia.

Dan MALAYSIA telah pun berjaya mengalahkan Myanmar 1 - 0. Tahniah Malaysia ku terchenta !! 

Separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 menyaksikan kemenangan Malaysia menentang Myanmar, 1-0 dan juga Indonesia menentang Vietnam.

Ini bermakna Perlawanan Akhir bola Sepak Sukan SEA 2011 akan menemukan musuh tradisi Malaysia VS Indonesia pada hari Isnin ni, 21 November 2011 di Stadium Bung Karno.

Ayuh Harimau Malaya, berjuang untuk meratah Sang Garuda!

Apa ramalan keputusan penyokong  Harimau Malaya ekk?


Yaa!! itu dia ramalannya daripada mendiang sotong kitaaa... kui kui kui..:p  

MALAYSIA BOLEH!!okbaii....





Few days later..............

Masih belum terlambat aku nak update keputusan Bola Sepak Sukan Sea 2011 kan? Busy sgt la dengan kerja, balik kerja je da penat then truss tido. So takde peluang nak update blog.

So, as i assume semua org dah tau yang keputusan akhir Bola Sepak Sukan Sea 2011 antara Malaysia dan Indonesia telah memberi kemenangan kepada pasukan Harimau Muda (MALAYSIA) dengan jaringan gol penalti 5 - 4 rasanya.

Time tgk perlawanan akhir Bola Sepak ni, aku layan soang-soang depan tv kat umah je. Yang lain semua masuk tido awal. Cait, tak patriotik langsung. Ahaks.. Aku semangat mmg terlebey-lebey sudah. Walaupun layan soang-soang kat umah pada malam tu, tp aku tetap pakai jersey malaysia tanda menunjukkan semangat dan support dari jauh. Ecei.... (^^)



Dan dengan bangganya aku nak mengistiharkan yang Malaysia telah menjadi Johan bagi Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2011. Yang lagi bangga kita menang kat negara lawan tuh. Pastu bertambah-tambah puas hati sbb dapat kalahkan INDONESIA. Yes!!! Memang puas hati yang teramat sangat hokei !! Walau sejuk kaki tangan aku tgk bola aritu, dengan degupan jantung yang kencang mcm aku plak yg main kat padang tu, tp hasilnya mmg berbaloi-baloi. By the way, agak tekanan gak sbnrnya time layan bola aritu dan ianya tak elok untuk org yang mempunyai masalah jantung. Boleh kene heart attack beb! ZzzZzz....

Tengah nyanyi lagu NegaraKu
Dan pada minggu yang sama itu juga, Malaysia seterusnya akan menentang negara Syria dan Bahrain untuk kelayakan Olimpik pulak. Aje pengsan ek... Penat tak hilang lagi dan nak lawan next pulak. 

Lupa plak nak selit kan pasal Khairul Fahmi Cek Mat (Keeper Bola Sepak Malaysia) yang baru berusia 22 tahun berasal dari Kelantan. Performance dia ni sentiasa mantap dan tidak mengecewakan. Pujian mmg sgt sgt patut diberikan kepada beliau kerana telah sgt byk membantu dan menyelamatkan bola sepanjang perlawanan berlangsung. Senang cite, dia mmg terer ahhhh !! 

So, berbalik kepada perlawanan dengan Syria dan Bahrian. Dipendekkan cite, Malaysia kalah dengan dua-dua negara tu. So da takde harapan dah utk kita masuk ke Olimpik. Walau bagaimana pun, Harimau Muda tetap dihati ku. 

Sekian. Terima kasih.
Majulah Sukan untuk Negara.

Aummmmmmmmm~~~~ 

Monday, October 31, 2011

Demotivated

Bila laa aku boleh start nak buat "Letter of Resignation" ni. Haih... Tak sabar rasanya. Bila la nak dapat keje baru ni ek. Interview da pegi, tinggal tunggu jawapan je ni. Ya Allah ya Tuhanku, murahkanlah rezeki ya Allah. Amin..

Kalo la aku diterima bekerja hasil dari aku pegi interview aritu (14 Oktober 2011), aku akan mula bekerja dia Kuala Lumpur bandaraya metropolitan pada 8 November 2011 (kalo dapat lah...kalo takpat, duk diam je k). Hiks...By the way, mampu kah aku nak keje kat KL ni? Ah! mampu tak mampu, mampu kan jugakk...!! Dari aku trus dok keje kat cni, gaji kecik, hati sakit, APE PUN TAKBLEH ~

Aku sangat tak sabar nak resign keje skrg ni and i have so00oooo many reason why i shud leave this company as soon as possible. Antaranya adalah:
  1. Stress. Stress sebab mula-mula start keje dulu, aku tak diberi senarai tugasan. Pekerja lama lak da berhenti. Job Description and Job specification tak dinyatakan dengan jelas. Semua keje kene wat pandai-pandai sendiri tanpa di supervise btol ke salah ke. Staf-staf yang ade pulak tak brape nak sharing maring. Ade sesetengah je yang ok.
  2. Welfare pekerja tak diambil peduli. HR byk bagi alasan je. Janji byk ditabur tp implementation takde.
  3. and of coz, Gaji kecik
  4. Kat cni, agak2 tunjuk pandai buat keje, semua task ko akan disuruh buat. Multitasking tu memang bagus, tp kalo da melampau2 sgt and non-stop lama kelamaan demotivated gak!
  5. Dah 8 bulan keje, baru nak SAH jawatan. Jawatan dah sah pun, tiada langsung kenaikan gaji.
  6. Working as contract basis dan takkan jadi permanent.
  7. No bonus and no others benefit. Only ade medical benefit which is RM600 SETAHUN.
  8. Sometimes, bos arahkan staf untuk bekerja pada hari weekends or CUTI UMUM. Boleh tu mmg la boleh tapi kami yang dtg bekerja pada hari CUTI UMUM ni langsung tidak dibayar. Jangan kata double pay, single pun takde. Dah la wajib hadir, pastu siap annouce No Cuti ! No EL ! No MC ! (T__T). Bila ngadu kat HR, nnti HR akan backup bos balik. Katanya, "Bos is always right". Baekkkkk.......Tapi ape pun, at last kami diberi 1 hari cuti ganti. So, okay lah.
  9. No training provided for staf development.
  10. AKu penah tanye staf yang da 4, 5 tahun keje kat cni. They all kate tak penah dpt any training pun. Increment gaji pun, dah 2 tahun keje baru merasa itu pun selepas diaorg ramai-ramai minta. Gaji basic mmg ditakuk lama je lah. Senang cite, diaorg ckp keje kat cni, "camne they all masuk dulu, camtu gak la they all keluar. Takde peningkatan dan tiada kelebihan". Lagi bertambah-tambah demotivated aku dibuatnya. Hermmm...
  11. Keje kat cni, kalo sekali tunjuk pandai, mmg susah trus sampai bila-bila. Sbb once kita da put initiative dalam sesuatu perkara, kita kene settle kan sensorang dari A sampai Z walaupun keje tu bukan keje kita. (pada mulanya ingin membantu, last2 trus jadi beban). Kat cni payah nak gain team work. Staf tak ramai pun satu hal. Masing-masing busy dengan hal masing-masing. hermm...
  12. Office plak bisinggggg... Dihuni oleh officemate yang ske buat bising mcm takde keje je. Borak sana..borak cni. Gelak kuat-kuat. Pasang music kuat kuat. Haih~ Orang nak berfikir pun payah~
  13. Then, terlalu byk multitasking sampaikan keje yg mmg keje kita tak dpt nak buat, tak dpt nak fokus dan tergendala! Terima task da mcm bakul sampah. Sumbat selagi boleh sumbat.
  14. Cth nya aku, jawatan sekarang as Pegawai HEP. Pengalaman keje total semua almost 3 years. Keje cni baru 10 bulan. Gaji dapat tak sampai RM2k. Then, dalam tempoh 10 bulan ni dah di appointed as Hostel Warden, then appointed as Internal Auditor ISO, then kene jadi Document Controller for ISO 9001:2008 pulak. Pastu kene wujudkan Alumni which is i have NO IDEA. Pressure wei !!!
  15. Yang task under HEP itself: Program/aktiviti pelajar, Election Day for MPP, Orientasi pelajar baru, pendaftaran asrama, kebajikan pelajar, disiplin pelajar, sukan pelajar, menguruskan pelajar nak apply cuti khas, apply menarik diri dan rayuan semak semula keputusan peperiksaan, menyediakan Buku Panduan Pelajar, menyediakan Buku Orientasi Pelajar baru dan lain-lain.
  16. Yang keje berkaitan Asrama and ISO tu, lagi takyah nak cite lah. Mmg banyak! Kang tak muat nak senaraikan semua. 
  17. Appointed as warden asrama ni mcm-mcm cabang kejenya. Dengor gitu je memang la simple. Orang yang tak lalui sendiri, tak nampak nature of work dia. Dengan kunci students slalu hilang la, tertinggal dalam umah la, pintu terkunci lah. Dengan mesin basuh asik rosak. Dengan kadang2 air kat asrama takde. Dengan vandalisme yang berlaku kat asrama. Tombol hilang, langsir kene kerat dua, pintu almari tercabut. Dengan hal surat menyurat antara owner bangunan Asrama lagi. Dengan masalah disiplin lagi. Dengan students sakit tengah2 malam. Haih, macam - macam hal lah. Aku ngadap semua keje ni soang2 tanpa mendapat 1 sen pun elaun. Patot ke tak patot?
  18. And the main reason kenapa aku nak sgt resign ni sebab aku sgt sakit hati keje kat cni.. Students kat cni mmg mcm anak raja. Semua kamcing ngan CEO especially students yg santek-santek. Aku malas la nak ckp lelebey kang kene sue lak! Tp inilah kenyataan. Ape aku buat dan semua tindakan aku amek terhadap students, semua tak dpt support dari pihak atasan. Siap aku plak yg dipersalahkan walhal terang dan nyata mmg pelajar tersebut melanggar peraturan kolej. Siap aku penah kene sound dgn CEo thru sms, "Dun be rude to students!" huh??? Wadahel?? Bila masa plak aku rude. Aku selama ni ckp dengan students pun tak penah guna word AKU ENGKAU! Jauh skali nak memaki hamun.. Last2 this is what i get? terima kasih la.. And fyi, this is not the first time my bos bertindak begini. Aku sgt kecewa and sgt sakit hati. Langsung takde nak backup staff. Aku jalankan tugas pun, aku kene mcm ni. Haishhhh......
  19. Students ade yang kurang ajar and menimbulkan byk masalah disiplin TAPI mereka di backup sebab mereka PANDAI dalam pelajaran. Yang backup nya bahagian Akademik la. Hish, tolong lah. Susah nak wat keje mcm ni. Darah tinggi aku dibuatnya.

I'm beginning to feel less motivated. I've sacrificed numerous weekends for work,simply because my boss tells me he needs extra help. I've canceled holidays, gone for students program on my days off etc, only because my boss tells me he needs the extra hand

However, I'm seeing nothing in return. I don't expect him to give me a raise etc, but I don't even get a simple thank you.

He spends more time criticizing me, sometimes for work sometimes for other things - he makes snide comments every now and then

I really don't want to move jobs - it's the last resort. But at the same time I wake up every morning not wanting to go to work. Mmg dah takde hati lah nak keje, senang cakap!

Gua nak RESIGN !!!!!!!!!! cepatlah dapat keje lain. Kawan-kawan, mari tlg doakan bersama. kbai~

    Vacation to Gold Coast, Australia

    Wow! Sounds great aite.... Gold Coast which is salah satu tmpt peranginan yang popular di Australia. Here we come !!!

    Bulan February 2011: me, Ieka, and 2 friends of her (farah & azad) decide utk pegi melancong ke Gold Coast. hahhahaha.. decision yang sgt drastik sbb at that time ade promotion ticket from Air Asia X. Vacation to Gold Coast ni will be on September 2011. Lama lagi....... ade 7 bulan nak kumpul duit. Kata aku di dalam hati.....

    So, kami ni tanpa berfikir panjang, terus je booking ticket thru online. RM1400 per person pergi dan balik. Lepas da booking, baru pk yang lain-lain. hahahaha.... kate bulan september kan..? lambat lagi kan...(sedapkan hati)

    1st plan aritu, ingt nak back packing je. Nanti tdo la kat mana-mane dorm hostel tuk org-org backpacker ni. Confirm ade punya. Jimat pun ye. (kate kami dgn penuh keyakinan).. Itu plan pada awalnya la.. Sekali tu, bila bulan september dah nak dekat, baru terkial-kial nak cari accomodation sbb kitaorg dpt tahu bulan 9 kat aussie time tu tgh cuti sekolah. So, peak hour. Ohhh mannnnnnn.....this is not good.

    Oleh itu, disebabkan taknak memeningkan kepala, kami semua decide tuk amek travel agency. hurmm... So sorang kene tambah lagi RM1500. Perghhh....sakit! Travel agency ni akan cover 5 hari accommodation kami di sana, transportation, and 3 ticket ke Paradise Country, Sea World and Movie World. So, ok lah kot. Nak wat camne.. Bukan nya pandai pun nak jalan-jalan sendiri kat sana nanti kan.... zZZzzz.. (-_-)"

    Jadi, everything settle! Duit pun settle! Just menunggu untuk bulan September menjelma je..huuuuuuu.... Happy giler nak pegi jalan-jalan obersi bersama kawankawan. Manyak syio0kk woo...

    So, marilah kita melihat gambar vacation kami di bawah ini:

    Aussie, here we come!

    Duk sebelah ieka memandangkan bf aku tak jadi pegi

    Our Aussie's partner

    Just arrived

    Our apartment (Surf Regency)


    So comfy


    Dapur dengan peralatan lengkap


    Mesin basuh siap pengering

    1st journey: Paradise Country

    Koala Bear

    Kangaroo

    Waiting for our lunch

    2nd journey: Sea World

    Sea Lion

    Sea Lion tgh berlakon. Cute!

    Polar Bear


    Penguin

    Dolphin


    Ray Reef

    Bersantai sambil berphotoshoot



    3rd journey: Movie World

    Roller Coaster

    Wooo..seram ni.

    Superman

    With Marilyn Monroe (not the real one)


    Phew....

    Cat Woman. Meow


    Batman


    Perkampungan koboi


    Malaysian food. Yeaahaaa!!

    The best kebab in town

    Jalan-jalan di waktu malam


    Gold Coast

    This is what you called Surfers Paradise

    Pasir yang sejuk dan halus

    Hard Rock Cafe

    Habour Town. Shopping time !!

    Gold Coast Airport. Time to go home

    So, itu lah cerita perjalanan kami ke negara orang. Best sesangat sbb semua sekepala. Duit pun banyak habes. Total semua abes termasuk shopping, souvenir dan makan lebey kurang RM5k. Hahahaampeh! kbaii... next pit stop Hollywood... Ameen!